Sunday, 27 May 2012

Who are you..?


Sometimes, kiter tak tahu nak cakap macammana perasaan kita pada orang yang kita paling sayang kan?.. Dan kita akan takut jika apa yang kita cakapkan, dia akan lupa. Dan bila kita cakap depan-depan dia, nanti skema or jiwang pulak.. So, gunakan saje teknologi di hujung jari..  Although cara yang digunakan ni dah berkurun, tapi apa salahnya. Ni jelah yang boleh diberi dari seorang student yang asyik duduk belakang dalam kelas macam kiter nie. Dan dipendekkan cerita, masmaribell mastura sayang someone... =') And for that person,,


video


p/s: I LOVE YOU..

Friday, 18 May 2012

My room no 2..

Hye all!! ;)


Owh, malam nie sementara tunggu someone tu study, kiter pun belek-belek la blog ni. Sambil tu, mata dok tengok bilik yang akan ditinggalkan sem ni. Nak kena pindah bilik lain la pulak. Haisyh.. Nak taw sebabnya? Sebab pihak universiti nak jadikan blog mas duduk sekarang as high end building. Kalau ikutkan hati, nak buat mogok depan pejabat kolej. ;p Cakap je lebih budak yang sedang menulis nih. Bilik nie mas duduk sorang. Senang sebab privacy, tambah lagi ada include bilik air. So, takdelah nak berebut cop bilik air dengan girls lain. Takdela masalah bilik air bertakung sebab rambut-rambutan sape ntah. Eeee.. Rambut sapelah yang banyak gugur ek.. Biasalah, hostel gugurls. Gugurls yang comel-comel..


First-first stay bilik single ni, macam-macam rasa. Takut ada bunyi-bunyian lah, hantu-hantuan or sewaktu dengannya. Kawan pulak dok takutkan "ada bunyi air malam-malam t" Perghh,,,sabo jela. Tapi, alhamdullillah takde. Nak pasang lagu kuat mana pun, no hal lah. Pintu bilik ni kedap bunyi kot. Nilah, room no 2 mas after entry room haritu.

Pakailah pantene jika inginkan rambut yang bersinar dan lembut~  <---- (-_-)' Takde kaitan


Baju-bajuan sangkut je kalau malas lipat. Katil bersepah menunjukkan keadaan live bilik..Teehee ;p 


Katil yang tak berapa nak empuk tapi sayang sangat. Ammaumumum... Sape tahu tu poster kumpulan apa..? 


Hoh.. Ni bukan meja belajar sebab mas jenis belajar kat atas katil. Ni meja untuk tengok movie and makan serta online internet je. Kipas angry bird untuk mengipas kalau panas sangat sambil makan kerepek pedas.. Huhu


Budak tak tidur lagi: Oklah, I want to sleep now.... Dah lewat, esok kelas. Tatatititutu...~ Thank you for reading... (=

Tuesday, 8 May 2012

Body language, I know it.

Korang pernah tak terfikir macammmana nak kenal seseorang tu dari body language orang tersebut? Orang kata or kata orang, jika seseorang tu pandai baca body language seseorang, orang tersebut mungkin boleh terlepas dari dipergunakan secara tidak langusng. Ok, memang skema ayat kiter. Sorila wak, kita memang dilahirkan agak skema sikit bila bercakap or menulis. Harini, apa yang kiter nak sampaikan adalah macammana nak tahu perwatakkan seseorang itu. Contohnya dari segi berjalan, dari segi bercakap, eye contact and everything. FYI, if you can read someone body languages, maybe you can gain benefit in your business or anything you do. Mas tahulah sikit-sikit body language ni dan Insyallah I try to share to all of you about this..



1) Tepuk belakang sebanyak 3 kali
Kalau korang jalan masuk satu bangunan, orang yang sambut korang tu akan bersalaman dan bawak anda masuk ke dalam bangunan tu. Dan secara tak langsung, time diorang menjemput tu, anda rasa dia menepuk pada belakang anda. Jaga-jaga. It means, you are such a good boy/girl. Yang mana bermaksud mereka dapat mengawal anda dan anda sedang dikawal. Means diorang senang lah nak pijak anda kalau diorang nak.

2) Bersalaman
Or as known as shakehand. Kalau korang perasaan, budak kecik ambik tangan kita dan cium kan? Tangan diorang mesti kat bawah tangan kita, am I rite? Means we control them. Tetapi jika anda salam dengan seseorang, jika tangan kita dibawah tangan korang, maknanya anda yang dikawal oleh mereka.

3) Dari segi jalan
Pernah tak tengok orang pangkat besar-besar jalan? Diorang jalan macam posture badan tegak, kepala mendongak sikit dan kuakkan tangan macam ala-ala robot gitu. Maknanya orang ini adalah orang yang have full power.Kalau jumpa orang macamtu, automatik kita boleh tahu status diorang.

4) Kerutan or tanda stress di dahi >_<
Ha.. kalau anda nak tahu someone tu bohong atau tak time diorang bercakap, tengok pada kerutan kat dahi diorang. Kalau time diorang bercakap tu ada kerutan, maknanya dia kemungkinan bercakap benar dan mereka berada dalam keadaan stress. Mungkin cara ni digunakan oleh body language expert untuk kenalpasti penjenayah.

5) Memakai spek hitam
Sometimes sesetengah orang memakai spek hitam untuk bergaya. Tetapi, sometimes ada jugak orang pakai spek hitam untuk menyembunyikan mata mereka dari dilihat orang lain. Sebabnya, looking through the eyes kita boleh tahu dah someone tu sedang sedih or happy. It was like the power of eyes. ;p



Jika anda tahu tentang body languages ni, confirm anda tak akan dikawal atau digunakan oleh sesiapa dalam bentuk tidak sedar. Anda yang boleh kawal diorang. Diorang ingat kiter ni senang digunakan? Huh.. -_O Sori naek lori ah beb. See the leg ah.. (Sori teremo suda :p) Actually banyak lagi sebenarnya secrets of body language ni tapi mas tak dapat nak sampaikan dalam bentuk ayat. Sori dear. Kena demo sebenarnya nih. Teeheeehehe.. So, watch out okay. Jangan biarkan anda dikawal secara anda tidak sedar. Owhhh lagi satu, pernah tak terdengar yang mana prime minister kita dulu Tun Mahathir Mohamad ditepuk belakang oleh Presiden Bush pada satu perjumpaan dan beliau membalas balik? Sure bekas perdana menteri kita tahu tentang secret of body languages ni. Kan kan kan? Oklah, so keep protecting yourself and the most important thing, please love yourself.

Thank you for reading. =')

 mukaku lembut, tapi sori naik lori ah lau nak tipu. nampak tak penumbuk besar lau cari hal? 
 

Saturday, 5 May 2012

The future's not ours to see...

Hari nie bangun je, terus menghadap laptop. Then tido balik. Biasalah adat sebagai pelajar. Kalau dulu, bila nak start hindustan kat TV3, terus segar bugar mata. Tapi, tengok pun macam-macamtu je. Kalaulah dulu, selagi tak pukul 5, selagi tu tak berganjak dari tv. Then, lepas pukul 5, time tulah cari raket badminton dan adik-adik lelaki. Tapi kat sini, kawan-kawanlah yang teman. Nak g mana-mana, tak kawan teman, sape lagi nak harap.


Sekarang hanya teruskan fokus kepada pelajaran. Tak lama lagi nak praktikal and tinggal lagi 2 sem nak grad. Tak boleh main-main. Kadang-kadang terfikir, apa sebenarnya yang mas nak dalam hidup. Teruskan kepada menjadi model? Dah taknak. Sampai bila kita boleh harapkan benda tu. Lagipun, mas rasa ramai lagi lebih layak. Mas nak jadi hotel owner. Nak ada hotel sendiri, pekerja-pekerja sendiri dan yang paling penting tak bergantung pada duit sesiapa. Kan senang kan. Lagipun duit sendiri, boleh suka hati nak buat apa pun. Nak membazir ke, nak bagi mak ayah ke, nak bershopping ke, nak belanja kawan-kawan ke.. Ini boleh dikira cita-cita ke impian eh?


Tak tahulah akan tercapai tak. Sebabnya kadang-kadang ada orang nak jadi cikgu bila kecik, tup tup jadi peguam pulak. Tapikan tapikan, korang doakan lah mas ada hotel sendiri satu hari nanti ye.. Jadi owner hotel sendiri. ;) Mas pun doakan kebahagiaan readers-readers blog mas ni jugak ye. Semoga korang pun berjaya dengan impian dan cita-cita masing. Sesetengah orang tu, kalau korang perasan, terus dilahirkan dengan kemewahan dan kesenangan dan sesetengah orang sebaliknya. Apapun, dah tu rezeki diorang. Kita ni kenalah berusaha satu-persatu. Insyaalah akan berjaya kalau niat kita betul. Ye dak ye dak. Kita tak tahu apa yang akan kita jadi di masa akan datang. Macam lagu cikgu English aja time kecik tu..


When I was just a little girl,
I ask my mother what will I be,
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me,

Que Sera, Sera
Whatever will be, will be
The future's not ours to see
Que sera, sera
What will be, will be..


Oklah, sape2 yang tak g mayang asar, baik g mayang cepat dan kepada sape-sape yang cuti, huhuhu, enjoylah ye. Dah tuhan bagi cuti kan.. Okay, tenkiu for reading. =)


Sunday, 22 April 2012

What is this?


As mentioned above, you must be positive. why?

For many reasons, there were many people that always think negative. Why this happen? Based on my experience, bila mas anggap semuanya positif, hidup mas lebih hepi, tak dilanda perasaan moody-moody dan ramai orang respect kita. Stay positive is not easy as ABC but if you keep practicing, you will have the strong behavior inside you. This entry is to show you how important if we always think positive.. 

Antaranya:

* Emosi lebih stabil
means takdelah korang marah atau takut tak tentu pasal. 

* Hidup lebih ceria
Sape yang taknak hidup ceria angkat kaki? Semua nak kan.. Kalau taknak, anda boleh pergi ke tong sampah rumah jiran, dan masukkan diri anda senyap-senyap dalam tu.

* Menjadi someone yang ada maruah diri
Orang yang menganggap diri sendiri special adalah orang yang paling sayangkan diri mereka. Mereka mempunyai maruah diri yang tinggi. Dan orang yang jenis ini hidupnya sentiasa happy sebab he/she treats himslf/hersef with the best way. Ingat tak pepatah"diri sendiri yang menentukan anda happy atau sebaliknya"

* Ramai yang akan respect cara kita
this is means by if we stay positive,  all eyes will looking at your cool thinking and behaviour.

* Tidak dilanda perasaan gelisah@moody
contohnya, takutlah nak cuba gaya ni. Nanti ada je orang kutuk. This is the example of negative thinking. The solution must be like this "Mungkin gaya ni smart hehehehe" This is the positive thinking.

* Semua kerja menjadi
When we stay positive, semua kerja menjadi. Tak percaya? Cubalah.. 

* Dapat mengurangkan stress atau tekanan
Kita sentiasa stress bila kita memikirkan satu benda dengan mendalam. Jadi bila kita think negative, lagilah perkara tersebut menjadi teruk. So, dengan berfikiran matang dan positif, semua perkara tu dapat diatasi.

* Dapat mengurangkan risiko penyakit 
Kajian menunjukkan mereka yang sentiasa berfikiran positif tahap kesihatannya lebih baik berbanding mereka yang berfikiran negatif. 


notes: smile always.. =)

Monday, 19 March 2012

Saya along saya hanya mau tolong..

Pernah jumpa along tak? Along yang kutip-kutip dwet tu, belasah orang sana sini sebab orang tu tak dapat bayar balik dwet dye.. Semua kata along tu bertindak tidak rasional. Tapi akalu difikirkan siapa yang salah. Peminjam duit tu lah kan. Dah gheti pinjam tak gheti nak bayar. =_='' Yang si along ni pun jugak salah, letak interest tinggi-tinggi. Konpem ah peminjam tu gigil nak bayar hutang. Mas pun rapat dengan along. Tapi ni along yang lain. Ni along si abang kepada mas. Tadi baru je cal along. Mungkin tido agaknye si along ni. Ni ha si along tu..



Si along nie, abang mas. Sporting, baik and the best brother in the world. Kalau kiter ni cam tak bersemangat je, si along ni lah tolong berkobar-kobar nak bagi ceramah dan suruh think positive. Kalau tak jaga kulit, mesti kena bambu habis-habisan. Mas rapat dengan si along nih sebab dye sporting. Nak tanya pendapat pasal fesyen ke, shopping ke, pasal problem ke pasal pelajaran ke, si along ni yang first mas cari. Sebab dye jenis think positive. Seronok ada along dalam hidup mas. Makan dye tak kedekut. Nak makan apa je boleh tak kira harga. Zapp, pakai kad kredit je. Takde ah suruh ganti-ganti balik. Dan... bila ada si along nie, mas pon jadi ceria je sentiasa. Sebab along ni jenis hepi padahal banyak mende dia nak pikir.


Pss:/ Dah, nak g sambung call along nie. Apa tak bangun-bangun lagi neh......

Friday, 9 March 2012

Mask for face.

Hi all. Hows your day? Mas nak ucapkan terima kasih kepada readers yang walaupun tak meninggalkan komen, tetapi ada jugak yang sanggup baca entry-entry di blog mas ni. Tenkiu so much. ;)

Actually, mas tengah menghadap laptop sambil tunggu masa mask di hidung kering. Mas pakai mask ni khas untuk menanggalkan bintik-bintik hitam area kawasan hidung. Ingat nak letak kat muka, tapi kemalasan suda. Sambung pada topik asal tadi, bila dah kering mask tu, kiter tarik je.. Srappp! Keluarlah kotoran degil yang suka nak bermaharajelela di hidung nih. Biar bersih sikit bak kulit limau oren. Eh, bukan ke kulit limau oren tu menggerutu? Teehee ;p. Okay, fine tukar ayat. Kulit bersih seakan bayi baru lahir. Cecey, menci...


 Tadaaa...

Muka taknak pandang kamera sebab malu ada blackhead. Kawasan hidung yang slalu banyak tumbuh blackhead ni. Jadi kena la pakai mask supaya clean sikit area tu. Biasa ni..(sambil tenyeh hidung)
 


Akhir sekali dah nak pandang kamera. Emosi telah stabil mungkin. Hehe. Selepas 15 minit, tarik perlahan-lahan. Memang habis segala white and blackhead terkeluar. Rasa segar je muka sekarang. :)



Notes: mana-mana mask pun boleh guna asalkan mask tersebut sama dengan tujuan anda membeli mask tu. Orait. Da da di di du~